top of page
  • cik skod

Usul tergempar KWSP ditolak,MP PN protes keluar Dewan


KUALA LUMPUR 3 April :Pembukaan sesi Dewan Rakyat pagi ini, kecoh selepas hampir semua Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) bertindak keluar dewan.


Tindakan itu dibuat selepas Dewan Rakyat menolak usul dikemukakan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) untuk membincangkan mengenai pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar.

Wan Ahmad Fayshal berkata, usul berkenaan perlu dibahaskan hari ini kerana persidangan Dewan Rakyat akan tamat esok,


Beberapa ahli Parlimen PN, termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin; ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim; dan ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Solahuddin Hashim, turut bangun mendesak usul berkenaan dibincangkan.


Bagaimanapun usul berkenaan ditolak Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong kerana keputusan sudah dibuat Yang Dipertua, Datuk Johari Abdul.


Hamzah turut bangun menjelaskan bahawa ramai ahli Parlimen yang mahu isu berkaitan pengeluaran KWSP bersasar itu dibincangkan.


“Ini adalah masalah yang benar-benar terdesak. Cuba kita lihat sudah ramai daripada kalangan rakyat yang mahukan perkara ini dibawa dan dibahaskan dalam Parlimen. Sehingga ada yang sanggup berjalan kaki dari Johor ke Istana Negara sehingga sampai hari ini.

bottom of page