• Arissa

"Utamakan graduan pendidikan dalam pengambilan guru secara one-off" - Radzi Jidin

22 Jun 2021

Dalam sidang media ahad yang lepas, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin telah umumkan pengambilan khas besar-besaran guru baharu secara one-off.


Pengambilan yang melibatkan 18,702 perjawatan ini dirancang dengan penuh teliti bagi merungkai isu kekurangan guru yang telah berlarutan bertahun-tahun lamanya.


Pengambilan khas ini menjadi kenyataan dengan adanya koloborasi strategik diantara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).


KPM akan terus bekerjasama rapat dengan SPP, selaku Pihak Berkuasa Melantik, untuk menjayakan pendekatan baharu bagi memastikan pengambilan secara besar-besaran ini dapat memenuhi keperluan guru di sekolah.


Ini merupakan antara usaha yang diberi perhatian oleh KPM dalam menjayakan Pelan Pemulihan Negara.


"Namun, saya dapati ada luahan kegusaran dalam ruangan komen FB berkaitan pengumuman pengambilan guru secara one-off.


"Luahan tersebut menggambarkan seolah-olah ambilan guru secara one-off ini tidak mengutamakan graduan pendidikan,


"Sebenarnya, saya telah jelaskan semasa sidang media semalam bahawa graduan pendidikan akan diberikan keutamaan dalam pengambilan khas ini. Ia tertakluk kepada mereka yang memenuhi kriteria yang ditetapkan dan berjaya dalam semua tapisan yang akan dilaksanakan," ujar beliau.


Sekiranya calon berjaya dalam kalangan graduan pendidikan masih tidak mencukupi disebabkan ketidakpadanan opsyen, maka urusan pengambilan akan diperluaskan kepada graduan bukan pendidikan, tertakluk kepada kesesuaian.




--PN Online