top of page
  • newsatmy

Vaksin COVID-19: Lebih 165 juta rakyat AS sudah terima vaksin

5 April 2021

LEBIH 165 juta rakyat Amerika Syarikat sudah menerima suntukan vaksin COVID-19 dengan hampir 208 juta dos sudah diagihkan di seluruh negara itu.


Menurut Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), sejumlah 161.7 juta dos sudah disuntik sehingga Sabtu.


Agensi berkenaan sekurang-kurangnya 106.2 juta orang sudah menerima sekurangnya satu dos suntikan manakala 61.4 juta sudah menerima suntikan lengkap dua dos.


Ia merangkumi dua dos vaksin daripada moderna dan Pfizer Bio-Ntech serta satu-dos vaksin jenis Johnson & Johnson.


Terdahulu, ketika kempen vaksinasi di negara yang paling teruk dilanda pandemik COVID-19, presidennya, Joe Biden berjanji minggu lalu bahawa 90 peratus orang dewasa akan layak menerima vaksin pada 19 April ini.


Biden juga turut berjanji bahawa 200 juta dos akan diberikan dalam 100 hari pentadbirannya, menggandakannya selepas sasaran awal dapat dicapai akhir bulan lalu.


Program vaksinasi AS menggunakan vaksin COVID-19 Moderna, Pfizer-Biontech dan Johnson & Johnson.


- Astro Awani

bottom of page