top of page
  • newsatmy

Vaksin COVID-19: Malaysia ambil maklum kesan samping AstraZeneca, keselamatan diutamakan

8 April 2021

KUALA LUMPUR: Malaysia mengambil maklum mengenai kesan sampingan yang dilaporkan mengenai vaksin COVID-19 AstraZeneca.


Serentak itu, kerajaan akan putuskan sama ada akan menggunakan vaksin itu atau sebaliknya.


Kenyataan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin menyusul pendedahan Agensi Ubatan Eropah (EMA) mengenai kes pembekuan darah susulan penerimaan dos vaksin AstraZeneca sebagai kesan sampingan yang boleh berlaku.


Dalam ciapannya di laman Twitter, Khairy membuat hantaran semula mengenai saranan EMA itu dengan mengatakan, keselamatan penggun


a sentiasa menjadi keutamaan.

Katanya, Malaysia akan terus mengikuti rapat dan membuat penilaian sebelum sebarang keputusan dibuat.


Pada Rabu, Khairy menyatakan, Malaysia akan putuskan sama ada akan meneruskan penggunaan vaksin AstraZeneca dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) selepas menerima hasil dapatan EMA mengenai vaksin tersebut.


Katanya, laporan oleh agensi Kesatuan Eropah (EU) itu akan menetukan sama ada penggunaan vaksin itu ada kaitan dengan pembekuan darah (Thrombosis) atau tidak.


Malaysia jelasnya masih mempunyai masa untuk membuat keputusan memandangkan vaksin AstraZeneca akan tiba ke Malaysia daripada kemudahan COVAX bulan depan.


Pada Disember 2020, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan telah menandatangani perjanjian dengan syarikat farmaseutikal AstraZeneca bagi memperoleh 6.4 juta dos vaksin COVID-19.


- Astro Awani

bottom of page