• newsatmy

Vaksin COVID-19: Pfizer dakwa vaksin keluarannya berkesan terhadap remaja

1 April 2021

PENGELUAR vaksin COVID-19, Pfizer-BioNTech mendakwa vaksin itu mempunyai keberkesanan 100 peratus terhadap remaja berusia 12 hingga 15 tahun.


Syarikat itu sasar untuk memberi suntikan kepada golongan remaja berkenaan sebelum sesi persekolahan bermula tahun hadapan.


Percubaan fasa ketiga yang dilakukan terhadap 2,260 remaja di Amerika Syarikat menunjukkan ia 100 peratus berkesan dan membetuk tindak balas antibodi yang kuat.


Pihaknya turut akan menghantar data kepada Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) bagi dapatkan kelulusan penggunaan kecemasan untuk beberapa minggu akan datang dan beberapa badan dunia lain.


Proses vaksinasi pula dijangka dapat dibuat sebelum sesi persekolahan tahun hadapan.

Vaksin Pfizer adalah berdasarkan teknologi mRNA baharu yang merupakan vaksin COVID-19 pertama diluluskan negara barat akhir tahun lalu.


Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah meluluskan penggunaan untuk dewasa berumur 16 tahun ke atas.


Sejak itu ia digunakan kepada jutaan individu di lebih 65 buah negara.


Dengan pengagihan vaksin pada ketika ini di kebanyakan negara, Pfizer pada Selasa menyatakan bahawa ia akan berada di landasan yang tepat untuk menghasilkan 2.5 bilion dos vaksin tahun ini.


Pengeluar vaksin itu turut melalukan kajian suntikan kepada kanak-kanak dengan kumpulan pertama kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun.


Kumpulan seterusnya iaitu dua hingga lima tahun dijangka akan diberikan dos pertama minggu hadapan dalam proses kajiannya yang turut akan merangkumi bayi berusia enam bulan.


- Astro Awani

Langgani Buletin Kami

  • White Facebook Icon

© 2020 by EPS Digital Tech Sdn Bhd.