top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Vaksin: PONTIAN Perlu Tambah PPV

6 Jun 2021

PONTIAN: Merujuk kpd pendaftaran vaksin negeri Johor, terkini pendaftaran keseluruhan bagi daerah Pontian ialah 51.8% iaitu sebanyak 66,764 orang.


Menurut Dr Surinah binti Asan, Pegawai Kesihatan Daerah Pontian, bilangan yang telah disuntik vaksin Fasa 1 sebanyak 1797 orang, manakala untuk Fasa 2, dos 1 sebanyak 8545 orang, dos 2 pula sebanyak 947 orang.


Jumlah keseluruhan penerima vaksin adalah 10,342 (8.01%) dari jumlah penduduk yang layak menerima vaksin berumur 18 tahun dan keatas iaitu 129,000 orang.


Dari jumlah pendaftaran tersebut didapati sebanyak 16% telah tidak hadir ke PPV dengan alasan mereka tidak kemas kini dan tidak melihat tarikh temujanji dalam aplikasi MySejahtera.


Selain itu alasan yang diberi pendaftaran dilakukan oleh anak atau cucu, dan mereka tidak dimaklumkan tarikh vaksinasi oleh mereka.


Dan masalah paling utama ialah masalah kenderaan untuk ke PPV yang jauh, di mana di Pontian hanya ada satu sahaja PPV dan jarak untuk kesana lebih kurang sehingga 30km jauhnya.


Pada peringkat awal sebelum Program Vaksinasi Kebangsaan bermula, JK Tindakan Daerah Pontian telah mencadangkan 4 Dewan sebagai PPV iaitu di Pekan Nanas, di Serkat, di Pontian & di Benut. Hanya Dewan Jubli Intan Pontian sahaja telah diluluskan.


Setelah rayuan dibuat, Dewan di Pekan Nanas telah diluluskan Dan mula beroperasi pada hari ini 6/6/2021.


Sebanyak 4% dari mereka pula enggan disuntik. Terdapat warga emas yg tidak tahu tentang vaksin, pendaftaran dibuat oleh anak tanpa memaklumkan kepada ibu bapa tentang kepentingan mendapat suntikan vaksin.


Ada juga terpengaruh kepada kumpulan anti vaksin yg memberi gambaran buruk tentang kesan samping vaksin.


Pencapaian hanya 8% berjaya disuntik kerana bergantung bilangan yang diterima bukan disebabkan ketidakhadiran.


Mereka yang tidak dapat hadir, pihak pengurusan telah sediakan senarai menunggu. Oleh itu tidak berlaku kelebihan vaksin dan tiada pembaziran.


Untuk Fasa 2, pihak pengurusan mengutamakan warga emas, Komorbid ( berpenyakit kronik seperti Diabetes, darah tinggi, sakit mental, dialisis) dan lain-lain serta OKU.


Kerjasama semua lapisan masyarakat amat diperlukan supaya Fasa 2 diselesaikan segera. Teruskan mendaftar bagi yang belom mendaftar.


Selesai sahaja Fasa 2, maka sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun keatas boleh kan suntikan vaksin mereka.


Saat ditunggu-tunggu oleh semua warga. Semoga kita sama-sama mendapat perlindungan dari mendapat jangkitan COVID-19.


Harapan warga Pontian agar 4 PPV yang dicadang sebelom ini, semua akan diluluskan Dan boleh beroperasi.




--PN Online

Comments


bottom of page