• Arissa

Vaksinasi sektor ekonomi kritikal akan dimulakan

9 Jun 2021

Satu sidang media tentang perkembangan Program Imunisasi COVID19 Kebangsaan (PICK) oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Bin Baba dan Menteri Penyelaras Pick, YB Tuan Khairy Bin Jamaludin telah diadakan sebentar tadi.


Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) telah membuat keputusan untuk memulakan pemberian vaksinasi kepada sektor-sektor ekonomi yang kritikal, terutamanya bagi sektor yang perlu beroperasi sepanjang tempoh PKP.


Antara sektor yang terlibat adalah sektor pembuatan, sektor eksport, logistik, pengangkutan dan lain lain lagi.


Pihak CITF sedang bekerjasama dengan kementerian-kementerian serta agensi-agensi kerajaan yang lain untuk melaksanakan fasa 4 bagi sektor-sektor ekonomi yang terkesan.



--PN Online