top of page
  • newsatmy

Video YouTuber Malaysia Sofian dapat perhatian bintang Hollywood Ryan Reynolds

20 April 2022

DENGAN lebih 800,000 pengikut di Instagram dan 500,000 subscribers di YouTube, Mohamad Sofian, yang lebih dikenali dengan nama penggunanya Sofyank96, membuktikan dirinya seorang pencipta kandungan yang hebat.


Sofian memperoleh jutaan tontonan menerusi videonya, yang kesemuanya mempamerkan keberkesanan kesan visual (VFX) dan imejan janaan komputer (CGI).


Terbaharu, dia berkolaborasi dengan pelakon Hollywood, Ryan Reynolds.


Dalam vlognya, Sofian membawa penonton menonton rakaman di sebalik tabir penghasilan video berkenaan.


Vlog itu menunjukkan adegan bersama Reynolds dirakam melalui Zoom dan projek itu adalah sebahagian daripada promosi untuk filem terbaharu Reynolds, The Adam Project.


Kualitinya tidak boleh diragukan, malah Reynolds sendiri cukup kagum dengan hasilnya.

"Saya rasa ini menetapkan piawaian yang tidak adil untuk sesi temuramah selama 4 minit," kata Reynolds di Twitter.


Walaupun Reynolds dan Sofian membuat penggambaran di lokasi yang berbeza, Sofian menggunakan kepakarannya penyuntingannya untuk menjadikannya kelihatan seolah-olah mereka berada di ruang yang sama.


Sofian memaklumkan kira-kira 80 peratus daripada keseluruhan video bergantung pada CGI, dan ia merupakan faktor mengapa proses suntingan mengambil masa yang lama.


Kerjasama dengan Ryan Reynolds sebenarnya bukanlah kerjasama pertama Sofian dengan bintang Hollywood itu.


Dia sebelum ini pernah bekerjasama dengan John Cena dan Will Smith untuk projek lain.

bottom of page