top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Wanita diberhentikan kerja kerana belum ambil vVaksin, netizen sokong tindakan Bos

28 September 2021

Sedikit demi sedikit, kini negara kita dapat melihat keberkesanan vaksin apabila kes di Lembah Klang mulai turun dan pusat kuarantin seperti di MAEPS makin berkurangan menerima pesakit.


Oleh itu, kebanyakan syarikat kini juga telah mengambil inisiatif untuk membuka perniagaan masing-masing namun dengan syarat kesemua pekerja haruslah lengkap vaksinasi mereka seperti yang disarankan kerajaan.


Walau bagaimanapun, menerusi perkongsian @lia_rose91 di TikTok, dia mendakwa telah diberhentikan oleh majikan kerana belum mengambil vaksin.


After 10 years berkhidmat, dibuang hanya sebab tidak ambil vaksin,” tulis wanita tersebut di ruangan kapsyen.


“Awak ada hak untuk tak mau vaksin, company ada hak untuk tak mau awak”


Meskipun tidak diketahui sebab di sebalik keputusan drastik itu dibuat oleh majikannya, ramai di antara netizen yang menyokong tindakan majikan tersebut kerana berpendapat hal ini bersangkut paut dengan keselamatan pekerja lain di dalam syarikat itu juga.

“Saya bukan antivaksin guys”


Pun begitu menerusi satu lagi posting terbaru pengguna TikTok ini, dia menjelaskan sebab mengapa dia tidak mahu mengambil vaksin pada awalnya.


Menurut @lia_rose91, dia sebenarnya agak terkejut dengan tindakan ‘incharge’ di tempat kerjanya kerana mengambil tindakan drastik untuk memberhentikan kerja tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu mengenai hal tersebut.


Dia juga mengakui tidak tergesa-gesa untuk mengambil vaksin pada awalnya kerana kerajaan tidak mewajibkan rakyat untuk ambil vaksin di samping dia juga masih ada perasaan takut dan was-was kerasa isu AEFI.


Pun begitu, dia menitipkan pesan kepada mereka yang ingin bekerja supaya cepat-cepatlah ambil vaksin dan janganlah bertangguh lagi seperti dirinya.

bottom of page