top of page
  • zaman

Waran tangkap terhadap ADUN Bukit Payong terbatal


KUALA TERENGGANU 19 mac: Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan Mohd Nor Hamzah selepas gagal hadir dalam perbicaraan Petisyen Pilihan Raya Umum Ke15 (PRU15) Parlimen Marang Khamis lalu.


Peguam, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, waran tangkap itu terbatal setelah Mohd Nor hadir ke mahkamah untuk memberi keterangan berhubung kes itu pada Ahad.


"Waran tangkap terbatal apabila hadir. Ia belum lagi dilaksanakan dan perbicaraan akan bersambung hari ini (Ahad) hingga Khamis," katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan mahkamah di sini, pada Ahad.

Jelas beliau, kedua-dua pihak iaitu responden dan pempetisyen bersetuju supaya saksi bagi kedua-dua pihak dipanggil sekiranya terdapat ruang untuk berbuat demikian.


"Pihak pempetisyen masih mempunyai tiga saksi yang belum dipanggil tapi mahkamah membenarkan kita memanggil saksi responden dulu, tak ikut aturan biasalah (kebiasaan).


"Ia dipersetujui oleh pihak kita (responden) dan pihak pempetisyen. Bila ada ruang kosong di mahkamah saksi yang berkelapangan boleh ambil (tampil).

"Selepas ini (mahkamah) akan panggil saksi pihak pempetisyen," ujar beliau.


bottom of page