top of page
newsatmy

Warga emas hilang selepas ke kebun tiga hari lepas


BATU PAHAT,13 Ogos: Seorang warga emas berusia 79 tahun dilaporkan hilang selepas keluar ke kebun kelapa sawit berhampiran rumahnya di Kampung Parit Kasih Sayang, Senggarang di sini, Rabu lepas. Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah berkata pihaknya menerima aduan berhubung kehilangan Painah Siwan daripada anaknya pada pukul 11 malam, Rabu.


“Anaknya memaklumkan Painah tidak pulang ke rumah selepas keluar ke kebun sejak pukul 3.30 petang, Rabu.

“Usaha percarian awal telah dilakukan oleh polis dari balai Senggarang, keluarga dan penduduk kampung tetapi warga emas itu masih gagal ditemui,” katanya dalam kenyataan hari ini


Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ini akan diperluas melebihi daripada parameter warga emas itu dilaporkan hilang.


Katanya 187 pegawai dan anggota polis, termasuk dari Batalion 6 Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Rengam, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) terlibat dalam operasi itu. – BERNAMA

Comments


bottom of page