top of page
  • newsatmy

Warga Pontian Bantu Mangsa Banjir Di Raub

Mohamad Kasir

PONTIAN : Kira-kira 5 tan pakaian dan barangan keperluan berjaya dikumpul bagi membantu mangsa banjir yang berada di pusat penempatan sementara di Raub, Pahang.


Selain barangan makanan, sumbangan juga teurut melibatkan pakaian dan peralatan untuk membersihkan rumah. Usaha ini telah dijalankan oleh Encik Mohd Kopli Yunus, dengan mengumpulkan barang sumbangan dirumah beliau.


Menurut Mohd Kopli yang juga merupakan Pengurus Stesen Janakuasa Malakoff Tg bin, beberapa orang staf beliau telah menghantar barangan sumbangan terus ke rumah beliau, begitu juga penduduk di sekitar parit semerah dan pengusaha Restoran Kemangi di Pontian.


“Kita dapat ujian yang agak berat hari ini dengan covid-19 yang menyebabkan ramai orang kehilangan pekerjaan, kini ditambah pula dengan banjir, bagi mereka yang mempunyai kelebihan ini lah waktunya untuk menyumbang kepada rakan-rakan kita yang lebih memerlukan”.


“Ramai sebenarnya insan yang berhati mulia yang mahu turut sama memberikan sumbangan, sekiranya lebih banyak usaha sebigini sudah tentu ramai yang akan memberikan sumbangan dan lebih ramai yang sedang memerlukan dapat di bantu”.


“Banyak lagi barangan sumbangan juga sedang dalam perjalanan kesini dan beberapa buah tempat lagi antaranya dirumah Yb Senator Dato’ Isa Ab.Hamid, Rumah Encik Matharuzaman Ahmad dan beberapa lagi lokasi, barangan tersebut pula akan diagihkan ke pusat penempatan sementara di sekitar Johor pula” katanya ketika ditemui di rumah beliau di Pontian semalam. - PN Online




bottom of page