top of page
  • Writer's pictureNizam

Warisan ke semenanjung mulai 17 Disember-Shafie Apdal

16 Disember 2021

KUALA LUMPUR : Parti Warisan yang bakal melebarkan sayapnya ke seluruh negara dijadual bermula pada 17 Disember.


Presiden Warisan, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, langkah melebarkan sayap parti ke Semenanjung ini tidak boleh terlalu lewat dan akan dilaksanakan pada tahun ini.


Malah, Warisan akan bekerjasama dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang diketuai oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam usaha melebarkan sayap ke Semenanjung ini.


Justeru, satu sidang media berhubung pelaksanaan itu bakal diadakan bertempat Grand Ballroom, Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, Kuala Lumpur yang dijadual berlangsung pada jam 9 pagi.


Pada majlis itu juga, Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal turut dijangka menyampaikan ucapan perasmiannya sebelum disusuli dengan sesi dialog. Majlis itu seterusnya akan diteruskan kepada acara pelancaran Parti Warisan Peringkat Nasional.


Usaha itu juga dibuat bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).





bottom of page