• newsatmy

“Welcome To Raccoon City”- Tajuk Filem Resident Evil ‘Reboot’ Akhirnya Didedahkan

24 Mac 2021

Pengarah filem Johannes Roberts membuatkan peminat berasa begitu teruja apabila dia mengumumkan Resident Evil bakal mempunyai filem terbaharunya bersempena dengan ulangtahun yang ke 25 pada tahun ini.


Bukan itu sahaja, judul bagi filem tersebut telah pun diumumkan sebagai Resident Evil : Welcome To Raccoon City. Difahamkan filem ini merupakan versi ‘reboot’ yang berlatarbelakangkan tahun 1998 dan bakal memperlihatkan dua lokasi, Raccoon City Police Station dan Spencer Mansion.


Biarpun ia adalah versi’reboot’, namun Roberts menjanjikan filem ini lebih seram dengan memberi bayangan penonton akan berasa seperti berada dalam sebuah rumah berhantu dan juga menonton filem John Carpenter yang terkenal dengan unsur klaustrofobia.


Sehingga kini tiada sebarang trailer filem dikongsi namun peminat menjangkakan ia bakal ditayangkan sekitar Mei sebelum rasmi di pawagam pada September 2021. Buat anda yang tertanya atau merindui Mila Jovovich berdasarkan francais filem sebelum ini, malangnya pelakon aksi ini tidak akan terbabit bagi edisi 2021.


Ini kerana Resident Evil: Welcome to Raccoon City merupakan filem reboot baharu dan tidak mempunyai kaitan dengan filem-filem sebelum ini. - murai.my