• newsatmy

West Ham gagal manfaatkan aksi di laman sendiri

10 Mei 2021

HARAPAN West Ham United untuk beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah musim depan dikecewakan Everton.


Kelab itu tumpas 1-0 di Stadium London dalam aksi Super Sunday.


West Ham gagal memanfaatkan aksi di laman sendiri.


Sebaliknya Everton raih pendahuluan pada minit ke-24 menerusi Dominic Calvert-lewin.

Babak kedua juga menyaksikan West Ham gagal menyaingi Everton.


Kemenangan membolehkan Everton mencatat kelebihan tiga mata berbanding pesaing terdekat untuk kelayakan Eropah.

-Astro Awani