top of page
Writer's pictureMatha Ahmad

Wujud banyak parti Melayu rugi umat Islam


KUALA LUMPUR,7 Ogos: Kewujudan empat blok parti Melayu di Malaysia – Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan terbaharu, Gerakan Tanah Air (GTA) dijangka memecah lagi undi Melayu-Islam. Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamid berkata, sudah pasti undi Melayu akan berpecah dengan kewujudan banyak blok parti politik Melayu.


Katanya, bukan semua orang Melayu dapat menerima nasionalisme haluan kanan yang dijuarai parti seperti PUTRA terutamanya di kawasan-kawasan yang komposisi penduduk berbilang kaum.


Semalam Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan gabungan baharu dikenali Gerakan Tanah Air (GTA).

GTA menggabungkan empat parti politik berteraskan Melayu iaitu PEJUANG, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN).


Menurut Dr Mahathir gagasan politik itu hanya akan melibatkan ahli-ahli dalam kalangan orang Melayu meliputi parti politik, ahli akademik, NGO dan ahli profesional.

Gerakan Tanah Air juga dikatakan berusaha mengurangkan jurang kemiskinan dalam kalangan orang Melayu-Islam.


Prof Ahmad Fauzi berkata, PAS ada pengalaman dalam kerajaan sejak Mac 2020, kepimpinan Melayu-Muslim memerintah dengan aman hasil kesepakatan politik dengan parti-parti bukan Melayu.

“Selagi tiada pernyataan sokongan dari elemen-elemen masyarakat majmuk, masa depan GTA dianggap malap,” katanya.

Bagaimanapun tambah beliau, bagi ahli politik berjiwa Islamik, kesepakatan itu juga merupakan salah satu bentuk dakwah.


Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof Dato’ Dr Ismail Sualman pula berkata, senario parti sekarang terlalu banyak parti baharu mungkin menyebabkan berlaku perpecahan undi Melayu-Islam pada pilihan raya umum.

“Impaknya, ia sekali gus akan mendatangkan kerugian kepada orang Melayu-Islam itu sendiri,” tegasnya.


Menurutnya, tujuan penggabungan beberapa parti di bawah satu parti politik induk untuk mencari kesesuaian dan kerelevanan survival masing-masing.

Katanya, langkah yang dibuat Dr Mahathir dan rakan-rakannya dilihat sebagai senario yang akan melemahkan umat Melayu-Islam.

“Terlalu banyak parti akhirnya menyebabkan ketidakbolehan mana-mana parti untuk menjuarai pemerintahan Malaysia,” katanya.

Mengulas lanjut, Prof Ismail berkata, banyak parti yang ada sekarang merupakan gabungan serpihan parti-parti lama.

“Saya melihat itu menambahkan lagi kerugian kepada Melayu-Islam kerana ia menyebabkan kuasa penentu itu bukan lagi digunakan dengan kejituan dan kesepaduan mereka,” katanya. -

Comments


bottom of page