CUCKOO lancar siri penyelesaian inovatif, lantik Lee Minho duta jenama terbaharunya
4 April 2022 KUALA LUMPUR: CUCKOO International (Malaysia) Sdn. Bhd. (CUCKOO International) meneruskan momentum jenama sebagai Healthy Home Creator dengan mengembangkan jaringan produk ditawarkan kepada pengguna dalam misi #SAMASAMA Healthier. Menerusinya, syarikat memperkenalkan satu siri penyelesaian inovatif termasuk penapis air flagship serta rangkaian penyaman udaranya yang pertama, sekali gus memacu fokus syarikatnya bagi menyediakan kediaman sihat menerusi empat teras