top of page
  • zaman

Keputusan rayuan ke sekolah khusus esok


PUTRAJAYA 19 April: Keputusan penawaran serta penempatan murid Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 kategori Rayuan ke Sekolah Khusus bagi sesi 2023/2024 dikeluarkan esok (20 April), demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM).


Sekolah khusus terbabit adalah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA).


KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan bagi kategori rayuan itu, seramai 1,783 murid Tingkatan 1 dan 404 murid Tingkatan 4 ditawarkan ke SBP manakala 1,886 murid Tingkatan 1 dan 971 murid Tingkatan 4 ditawarkan ke SMKA.


Semakan keputusan boleh dibuat melalui pautan https://spskt1.moe.gov.my bagi Tingkatan 1 dan https://spskt4.moe.gov.my bagi Tingkatan 4. – BERNAMA

Comments


bottom of page