top of page
  • newsatmy

SEJARAH KETURUNAN BUGIS DAN MUZIUM BUGIS JOHOR


Orang Bugis berasal dari kepulauan Sulawesi di Indonesia, dan kini dengan populasi seramai tiga juta, mendiami hampir kesemua kawasan di Sulawesi Selatan. Penaklukan Belanda pada kurun ke-17 menyebabkan sebahagian daripada mereka berpindah dan kini telah bercampur dengan suku lain di Sumatera, Kalimantan, Jawa, Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Sebagai pengetahuan am bertulis yang dikawal oleh British, etnik Bugis cukup terkenal di dalam bidang maritim di Kepulauan Melayu dan di dalam bidang ekonomi.


Mereka juga terkenal sebagai pahlawan yang berani, dan pedagang yang berjaya. Bugis memainkan peranan yang penting dalam sejarah di Tanah Melayu. Mereka terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam politik dan perbalahan negeri-negeri Melayu ketika itu, terutama sekali negeri Johor. Ia bermula apabila Daeng Loklok ingin memerintah Johor tetapi tidak dipersetujui oleh pemerintah negeri Johor Riau Lingga ketika itu, iaitu Raja Kechil.


Ini menyebabkan Daeng Loklok atau Bendahara Husain meminta bantuan Raja-Raja Bugis untuk menumpaskan Raja Kechil. Bermula dari sinilah campur tangan Bugis di Tanah Melayu. Malah,Raja Ali, anak Daeng Chelak, Raja Lumu, dinobatkan sebagai Sultan Selangor pertama. Muzium Bugis terletak di Kampung Teluk Kerang, Pontian, Johor, Malaysia. Muzium ini dibina oleh penduduk tempatan yang berminat menyimpan pelbagai koleksi sejarah berkaitan orang Melayu terutama etnik Bugis. Orang Bugis datang ke Semenanjung Tanah Melayu setelah Makassar di Sulawesi diserang dan ditawan oleh pihak Belanda. Kebanyakan penduduk Pulau Ambon di Sulawesi berjaya dikristiankan oleh penjajah Belanda. Dalam muzium ini dipamerkan pelbagai gambar hitam putih berbentuk fotostat bersaiz besar.


Terdapat peralatan dapur yang bersaiz besar. Oleh kerana muzium ini tidak diuruskan secara profesional, beberapa bahan di dalamnya tidak kekal cantik. Bayaran masuk tidak dikenakan tetapi anda boleh memberi sumbangan ikhlas. Muzium ini pada mulanya diasaskan pada tahun 1982 sebagai Warisan Bugis. Pada 26 Julai 1994, Kerajaan Johor menyokong muzium ini melalui Yayasan Warisan Johor dan mengistiharkan muzium ini sebagai muzium Bugis pertama di Malaysia. Pada Oktober 2016, Gabenor Sulawesi Selatan, Syahrul Yasin Limpo melawat musium ini dan berjumpa penduduk Bugis tempatan. Dia berharap perhubungan antara orang Bugis di negara berlainan akan dapat dikekalkan.


Terdapat lebih dari 2,000 artifak dipamerkan di muzium ini, dari senjata, pakaian, siling lama, perhiasan, gambar dll. Muzium ini ditempatkan di dalam bangunan berbentuk senibina tradisional Malaysia. Muzium ini dibuka setiap hari dari jam 10:00 a.m. hingga 6:00 p.m. Masuk adalah percuma.


-PN Online

bottom of page