top of page
Writer's pictureNihaba

1:400 Nisbah Doktor Menjelang 2025 – Noor Azmi

8 Disember 2021

KUALA LUMPUR – Malaysia menyasarkan menjadikan nisbah doktor kepada penduduk 1:400 menjelang 2025.

Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, jangkaan itu juga adalah sasaran negara yang disebut dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).


“Bagi tahun 2025, nisbah doktor kepada penduduk yang disasarkan di dalam RMK12 adalah 1:400. Dengan itu, secara anggaran purata, sasaran nisbah doktor kepada penduduk untuk tahun 2022 adalah 1:425.

“Bagi tahun lalu pula, nisbah doktor kepada penduduk di Malaysia pada tahun 2020 adalah 1:441,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat hari ini.


Terdahulu, Teo Nie Ching [Kulai-PH] meminta kementerian tersebut menyatakan nisbah doktor kepada penduduk di Malaysia dan matlamat KKM menjelang tahun 2022 dan tahun 2025.

Comments


bottom of page