top of page
  • Writer's pictureMatha Ahmad

1,800 Ahli Parlimen, ADUN PN sertai Konvensyen PN


KUALA LUMPUR, 26Ogos – Dijangka seramai 1,800 orang termasuk semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Perikatan Nasional (PN) seluruh negara akan menghadiri Konvensyen PN serta Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-2 PN, pada Sabtu ini.


Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata Konvensyen PN serta Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-2 PN pada Sabtu ini akan diadakan di Dewan D2, Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, Selangor.


Konvensyen PN itu akan dirasmikan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Konvensyen julung kali ini dan Majlis Sambutan Ulang Tahun akan membincangkan isu-isu semasa berkaitan masalah rakyat pasca pandemik Covid-19.


Selain itu,Konvensyen PN juga akan menggariskan landasan utama Perikatan Nasional dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan menetapkan dasar serta hala tuju parti bagi meningkatkan keyakinan rakyat bahawa Perikatan Nasional adalah parti yang mempunyai tawaran yang harmoni, relevan dan segar sejajar dengan aspirasi rakyat Malaysia,


Dalam pada itu, Hamzah berkata pada Konvesyen itu juga, Anugerah Prihatin PN akan disampaikan kepada individu dan organisasi yang telah menunjukkan keprihatinan, pengorbanan serta sumbangan luar biasa kepada negara dan masyarakat.


Katanya, PN percaya bahawa Konvensyen PN 2022 mampu menjadi wadah untuk memperbaharui tekad perjuangan khidmat bakti parti kepada rakyat serta memperkukuhkan kerjasama parti-parti anggota Perikatan Nasional secara keseluruhannya.

bottom of page