top of page
  • admin

127 maut rusuhan terburuk sukan bola sepak di Indonesia


JAKARTA,02 Okt: Seramai 127 penonton perlawanan bola sepak disahkan maut di Indonesia dalam rusuhan yang tercetus akibat keputusan yang dipertikaikan bagi satu perlawanan yang dinanti-nantikan. Antara mereka yang terkoban di Stadium Kanjuruhan di Malang adalah kanak-kanak dan dua pegawai polis. Perlawanan yang digelar Super East Java Derby antara Arema dengan Persebaya mengecewakan ramai penonton apabila Persebaya mengalahkan kelab lawan 3-2. Keputusan itu menyebabkan berpuluh-puluh penyokong menyerbu padang sejurus selepas wisel penamat ditiupkan. Polis melepaskan gas pemedih mata untuk meleraikan keadaan selepas sesetengah penyokong cuba memanjat pagar. Rakaman video rusuhan itu yang dimuat naik ke media sosial juga menunjukkan polis terpaksa menggunakan belantan untuk mengawal keadaan. Sebilangan penonton dilaporkan pengsan di padang bola kerana terhidu asap. Menyusuli rusuhan itu, kesemua baki perlawanan BRI Liga 1 yang dijadual berlangsung minggu ini digantung. Persatuan Bola Sepak Indonesia turut mengesahkan bahawa Arema FC tidak akan menjadi tuan rumah bagi sebarang perlawanan sepanjang musim ini.

Sumber : Reuters/ZM/zm

bottom of page