top of page
admin

Henyak pemain lawan, Draymond Green digantung satu perlawanan


SAN FRANCISCO, 19 April- Bintang Golden State Warriors Draymond Green dikenakan penggantungan satu perlawanan pada Selasa selepas memijak pemain Sacramento Kings Domantas Sabonis semasa kekalahan playoff perlawanan kedua juara NBA itu. Penggantungan itu bermakna Green akan diketepikan daripada perlawanan ketiga Warriors menentang Kings di San Francisco Khamis nanti. Green telah dikeluarkan daripada pertembungan dengan Sacramento Isnin lalu selepas mengasai Sabonis selepas kedua-dua pemain itu bergelut berikutan rebound. Sabonis mencengkam buku lali Green sejurus sebelum dipijak dalam usaha nyata untuk menghalang pemain veteran Warriors itu. Bagaimanapun NBA berkata bahawa penggantungan terhadap Green adalah wajar memandangkan sejarah masalah disiplin bintang Warriors itu. "Penggantungan itu sebahagiannya berdasarkan sejarah tindakan tidak sportif Green," kata kenyataan NBA. Green memberitahu pemberita bahawa insiden tersebut adalah tidak disengajakan dan dia tidak dapat mengelak daripada memijak Sabonis. "Saya perlu menjejakkan kaki saya di suatu tempat dan saya bukan orang yang paling fleksibel jadi ia tidak meregangkan sejauh itu," kata Green. "Saya hanya boleh melangkah sejauh ini dan dia menarik kaki saya, jadi begitulah keadaannya. Penjelasan (untuk pelepasan) adalah saya menghentak terlalu kuat." Green telah menimbulkan kontroversi sepanjang kariernya. Dia digugurkan daripada siri playoff musim lalu menentang Memphis Grizzlies selepas bergaduh dengan Brandon Clarke. Dia juga digantung untuk perlawanan kelima Pusingan Akhir NBA 2016 menentang Cleveland Cavaliers gara-gara pergaduhan dengan LeBron James.-AFP


Comments


bottom of page