top of page
  • admin

Jordan Mintah Tampil Wira Utama Terengganu

11 April


Musim 2023 boleh dianggap sebagai sesuatu yang sangat baik untuk penyerang utama Terengganu iaitu Jordan Mintah, selepas kelibatnya jelas begitu dirasai di bahagian serangan pasukan tersebut.


Selepas beberapa musim bersama Terengganu, jelas segalanya tidak mudah buat Mintah selepas beliau lebih banyak dijadikan selaku pilihan kedua sebagai penyerang kelab.


Malah, Mintah juga sebelum itu lebih banyak menghabiskan masa bersama pasukan ‘feeder’ Terengganu di saingan Liga Premier dan berjaya membuktikan kualiti ketajamannya sehingga dinobatkan sebagai penjaring terbanyak.


Walaupun begitu, Mintah masih gagal untuk mendapatkan tempat utama bersama pasukan dan kemuncaknya pada tahun lalu selepas penyerang itu dipinjamkan kepada Kuala Lumpur City (KL City).


Bersama KL City, Minta menjadi sebahagian daripada sejarah kelab setelah mereka berjaya dinobatkan selaku naib juara Piala AFC musim 2022.


Walaupun begitu, impak ditinggalkan Mintah masih lagi tidak begitu menyakinkan dan pada penghujung musim lalu, timbul beberapa kenyataan tentang kemungkinan itu bakal menjadi musim terakhir Mintah di Malaysia.

bottom of page