top of page
  • Writer's pictureNizam

20 peratus murid Tahap Satu gagal kuasai 3M- Mazlan Bujang

7 Disember 2021

JOHOR BAHRU: Dianggarkan 20 peratus murid Tahap Satu daripada sejumlah 131,281 murid di Johor gagal menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.Perkara ini terjadi berikutan penutupan sekolah akibat penularan pandemik COVID-19 jelas Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, Mazlan Bujang selepas pelancaran Penjana KPT-CAP di Kompleks Warisan Johor Bahru.


Mazlan berkata, kerajaan Johor mengambil inisiatif dengan melancarkan program khas Didik Johor pada awal tahun 2022 bagi mengatasi masalah berkenaan dalam kalangan murid Tahap Satu..Program perintis Didik Johor ini sudah bermula sejak bulan lalu di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Mutiara, Kempas dan Bakar Batu dan kita akan perluaskan ke seluruh Johor mulai Januari depan.Program ini kerjasama antara kerajaan Johor dan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), yang dikelolakan Yayasan Bandaraya Johor Bahru.


"Peruntukan RM450,000 disediakan bagi menyediakan kelas tuisyen bersama guru, bagi mempertingkatkan kemahiran 3M di kalangan murid keciciran.Ia merupakan kelas pemulihan bagi membantu murid Tahap Satu menguasai kemahiran 3M sekali gus meredakan bebanan guru di sekolah masing-masing," katanya.


Sementara itu, Mazlan berkata, seramai 500 graduan menganggur di negeri ini akan menerima manfaat daripada program Penjana KPT-CAP Negeri Johor. Pelancaran program itu adalah bagi menguar-uarkan kepada graduan anak Johor dan yang bermastautin di negeri ini mengenai Sijil Perkhidmatan Makanan dan Perkhidmatan Baristar, yang akan diadakan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

.

Kepada graduan menganggur yang berminat boleh layari di http://halaltalent.com/. Kursus sijil antara lapan hingga 15 bulan ini adalah percuma.


"Graduan yang mengikuti kursus ini akan diberikan elaun, makan minum dan tempat tinggal selain akan menjalani latihan sambil bekerja di premis McDonald sebagai pelatih pengurusan dan pengendali makanan.Mereka juga akan terus diserap bekerja secara automatik selepas tamat latihan. Program ini adalah bagi membantu graduan menganggur dan masih gagal mendapat pekerjaan berikutan wabak COVID-19," tambah beliau.

bottom of page