top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

5 juta kit ujian kendiri COVID-19 terjual tapi tak ramai kemaskini keputusan di MySejahtera

14 NOVEMBER 2021

KUALA LUMPUR: Kit ujian kendiri COVID-19 laris dijual di seluruh negara tetapi tidak ramai yang melaporkan hasil keputusan mereka.


Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata hampir lima juta kit ujian kendiri dijual di seluruh negara bagaimanapun pendaftaran atau kemaskini mengenai MySejahtera adalah rendah.


“Ia mungkin mereka menyimpan atau tidak menggunakannya tetapi kita tahu kebanyakan kes yang dilaporkan adalah negatif,” katanya dalam sidang akhbar pada Jumaat.


“Kita mempunyai tiga cara untuk menguji iaitu pendaftaran ujian makmal, air liur dan calitan atau mengemaskini keputusan mereka pada MySejahtera terpulang kepada mereka.


“Walau bagaimanapun, KKM ingin menggalakkan semua orang untuk menyiarkan keputusan mereka pada aplikasi supaya kami dapat mengumpul semua data untuk membuat keputusan yang lebih baik.”


Sehingga 29 Oktober, KKM telah meluluskan sejumlah 54 kit ujian kendiri COVID-19 yang merangkumi ujian calitan hidung, air liur atau kedua-duanya.


Tidak kira jika samada keputusan positif atau negatif, anda disyorkan untuk mengemukakan keputusan ujian kendiri COVID-19 melalui MySejahtera.


KKM juga mengesyorkan agar anda melakukan saringan sendiri sebelum melakukan perjalanan antara negeri supaya tidak menyebarkan virus.

bottom of page