top of page
Farah

8,000 unit kediaman kuota Bumiputera ditawarkan sempena pameran BPEX


KUALA LUMPUR, 2 Okt - Masyarakat bumiputera khususnya golongan muda dan B40 disaran memanfaatkan sepenuhnya pelbagai inisiatif dan program kerajaan bagi membantu mereka memiliki rumah. Jelas Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Ismail Abd Muttalib, antara inisiatif tersebut termasuklah pengecualian Duti Setem Bagi Pembelian Rumah menerusi program i-Miliki selain pelaksanaan Pameran Harta Tanah Bumiputera (BPEX) yang menawarkan harga promosi kuota Bumiputera. Beliau berkata kerajaan sentiasa komited untuk memastikan kuota pemilikan rumah untuk golongan bumiputera sentiasa terjaga dan tidak diabaikan. Usaha itu diharapkan dapat membantu golongan bumiputera untuk memiliki rumah seterusnya mencapai hasrat kerajaan yang menyasarkan satu rumah bagi setiap keluarga. "Saya berharap supaya masyarakat bumiputera khususnya dibawah B40 dan anak2 muda yang mungkin baru graduate dan dapat pekerjaan supaya mereka memikirkan apakah yang mereka mahukan untuk masa depan. "Sebab itu perumahan ini merupakan satu keperluan asas kehidupan mereka selain makanan. Jadi kita harap anak-anak muda ini sedar selari matlamat kempen yang kita adakan bersama BPEX ini," katanya kepada media selepas merasmikan Pameran Harta Tanah Bumiputera (BPEX) di sini, pada Sabtu.


Beliau turut berharap pelaksanan pameran tersebut dapat diperluaskan ke seluruh negara bagi memberi peluang kepada golongan bumiutera untuk memilik rumah dengan harga berpatutan. Kira-kira 8,000 unit kediaman dengan nilai RM6 bilion untuk kuota Bumiputera ditawarkan sempena pameran BPEX selama 2 hari di ibu negara bermula semalam.

Comments


bottom of page