top of page
  • newsatmy

Drama Syed Saddiq 'sodok' lumpur halaman rumah


Bencana banjir yang sedang dialami oleh rakyat Malaysia, khususnya di Semenanjung, memang adalah sebuah kejadian yang menyayat hati dan tidak diingini. Pada masa ini juga kami dapat melihat seluruh lapisan masyarakat Malaysia yang bertungkus-lumus untuk membantu satu sama lain, dan juga turut membantu pihak berkuasa dalam pelbagai usaha pasca banjir.


Namun begitu, rakyat Malaysia masih lagi disajikan dengan pelbagai gelagat dramatis Syed Saddiq yang dahagakan perhatian dan reaktif dalam “usaha” beliau untuk mangsa banjir.


Beberapa hari yang lepas, posting-posting di media sosial Syed Saddiq dan MUDA menunjukkan sosok bekas Menteri Belia dan Sukan itu menyedok lumpur di laman rumah dan keadaan dirinya dalam keadaan kotor dan berlumpur.


Apa yang membuatkan rakyat marah apabila 4-5 orang termasuk beliau sendiri berkongsi sebuah wheelbarrow untuk menyodok lumpur yang berada di halaman rumah.



Dan selepas menyedok lumpur di halaman rumah yang bagaikan sejuta tahun lamanya untuk bersih, beliau pergi ke kedai makan pula dengan baju dan muka yang dipenuhi dengan lumpur.


Kalau betul dah tolong membersih lumpur pun, cucilah tangan dan muka sebelum masuk kedai makanan terutamanya kedai orang lain. Baju vest yang kotor pun boleh buka dan simpan dalam kereta, janganlah jadi bodoh sangat semata-mata nak berdrama untuk lensa kamera saja.



Jelas dapat dilihat ini semua hanyalah sandiwara Syed Saddiq untuk mendapatkan perhatian orang ramai, seolah-olah keadaan di daerah-daerah banjir begitu teruk sekali dan pihak kerajaan hanya berpeluk tubuh dan tidak membuat apa-apa.


Pertama sekali, apakah motif Saddiq untuk berbuat sedemikian? Hanya ingin tunjukkan pada orang ramai bahawa dia penat beramal dan membantu mangsa-mangsa banjir? Ramai lagi sukarelawan, NGO dan badan kerajaan di luar sana yang membuat perkara yang sama tanpa perlu memuat naik gambar sebegini.


Kedua, perbuatan kotor dan jijik sebegini jelas boleh mendatangkan penyakit kepada orang ramai. Kuman-kuman lumpur yang dibawa oleh Syed Saddiq ke dalam restoran boleh menjangkiti orang lain yang berada di situ. Mungkin penasihat-penasihat Syed Saddiq pun turut bodoh seperti beliau sehinggakan tidak peka tentang perkara sebegini.


Jelas netizen-netizen pun sudah biasa menilai kehebatan budak ini berposing untuk media sosial. Ramai yang lantang mengritik, bukan salah menolong mangsa-mangsa banjir tetapi janganlah sampai mengajar publisiti sehingga tahap ini.

Ini semua hanyalah sedikit daripada sejarah panjang Syed Saddiq dalam mendapatkan perhatian orang ramai secara reaktif tanpa mempunyai sebarang isi.


Ingat lagi beberapa bulan lepas di mana Syed Saddiq telah mengeluarkan beberapa posting di media sosial beliau mengenai penduduk Muar yang bernama Pak Cik Rahmat – yang menunjukkan seolah-olah Pak Cik Rahmat dan ramai lagi sepertinya tidak mendapat sebarang bantuan dari pihak berwajib.


Posting Syed Saddiq di media sosial juga menunjukkan seolah-olah Menteri Belia dan Sukan selama 22 bulan itulah orang yang pertama memberi sebarang pertolongan kepada Pak Cik Rahmat, walaupun Pak Cik Rahmat sendiri tidak pernah menyatakan sebegitu.


Selang beberapa hari, terdapat video lain yang tular menunjukkan pengakuan oleh Pak Cik Rahmat bahawa Syed Saddiq hanya datang untuk jumpa dia dan menulis di buku nota beliau sahaja, tanpa memberi ataupun menjanjikan sebarang bentuk bantuan kepadanya.


Sudah terang lagi bersuluh, ini semua hanyalah perbuatan cetek akal dari Syed Saddiq.

Politikus muda sebelum ini juga sering memuat naik posting yang menunjukkan keadaan di pejabat beliau, di mana kononnya setiap hari lebih kurang 150 keluarga datang untuk meminta bantuan bekalan makanan ataupun laptop, walaupun bantuan telahpun disalurkan melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Muar kepada Kompleks Penghulu Mukim di daerah Muar.

Mungkin ini adalah cara Syed Saddiq untuk mengambil kesempatan dalam meraih populariti diri sendiri dan parti MUDA, dengan menggunakan kesusahan yang dialami oleh mangsa-mangsa banjir.


Ini semua hanyalah sandiwara attention seeking untuk menunjukkan seolah-olah beliau membawa nafas baru kepada arena politik, serta sikap dengki beliau yang ingin memburukkan kerajaan hari ini dan pihak berkuasa yang sememangnya jujur dalam menolong rakyat.

Sememangnya kita semua patut rasa jijik terhadap sikap sebegini yang telah dipamerkan kepada satu Malaysia oleh Syed Saddiq.

bottom of page