top of page
newsatmy

Aaisyah positif COVID-19, Che Ta tangguh percutian

16 Disember 2021

PETALING JAYA: “Sepatutnya kami menikmati percutian bersama dan pulang sehari sebelum ulang perkahwinan kelapan yang diraikan pada 11 Disember lalu.


“Kalau ikut perancangan kami akan berada di sana selama seminggu bersama jurugambar, tapi kita hanya mampu merancang, Allah SWT jua yang menentukan.


“Sebelum disahkan positif, suami memang bergejala seperti batuk, selesema dan demam. Cuma dia sendiri kurang pasti terkena virus itu di mana. Kemudian berjangkit pula kepada Aaisyah.


“Tapi Aaisyah hanya demam saja, tetapi deria rasanya masih ada. Tapi saya dan dua anak lelaki bersyukur kerana kami sebaliknya disahkan negatif. Syukur suami dan Aaisyah sudah pulih sepenuhnya”.


Demikian luah pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta mendedahkan terpaksa menunda percutian ke sebuah pulau pesendirian di Langkawi kerana suami dan anak positif Covid-19, bulan lalu.


Che Ta berkata Zain Saidin mula diserang virus berkenaan sebelum menjangkiti anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana.Malah, Zain juga terpaksa menolak tawaran berlakon yang dijadualkan pada bulan ini.


“Apa nak buat, kita tak mampu menghalang semua ini. Suami saya patut menjalani penggambaran sebuah drama bulan lalu, tapi akhirnya kena tolak tawaran itu.


“Walaupun suami sudah lengkap dua dos suntikan vaksin, ia bukan jaminan yang virus jahat itu takkan menyerang.


“Virus ini memang ada di sekeliling kita. Apabila kena batang hidung sendiri saat ahli keluarga dan adik beradik sendiri positif wabak itu, kita kena reda.


“Kadang kadang sejauh mana kita berhati hati pun, nak jadi… jadi juga,” kata Che Ta memberitahu ibu dan adik beradiknya turut positif COVID-19 beberapa bulan lalu,” katanya.

Comments


bottom of page