top of page
  • Farah

Aaliyah sasar podium Kejohanan Dunia B21


PUTRAJAYA, 14 Mac- Atlet wanita negara Aaliyah Yoong Hanifah memulakan musim 2023 dengan aksi memukau pada Kejohanan Moomba Masters Melbourne sekali gus memberi petunjuk akan menamatkan saingan di podium di Kejohanan Dunia Bawah 21 Tahun, Jun nanti.


Pemain berusia 19 tahun itu, yang berpindah ke Amerika Syarikat pada Januari, untuk melanjutkan pelajaran di Florida Southern College, melayakkan diri ke slot perlawanan akhir di Sungai Yarra, Melbourne.


Ia merupakan satu pencapaian yang luar biasa bagi duta Yayasan Sime Darby (YSD) itu yang melakukan catatan terbaik peribadi baharu untuk dirinya.


Lebih mengagumkan apabila dia memadamkan rekod terbaiknya, 41.9m sebelum ini dengan margin yang begitu besar semasa bersaing pada tanjakan lebih tinggi berkelebihan 165cm buat kali pertama dalam kariernya.


Usaha itu bagaimanapun tidak cukup untuk membawanya naik ke podium apabila sekadar menamatkan saingan di tempat kelima.


Juara menadi milik pemain tuan rumah dan pemegang rekod dunia, Jacinta Carroll (55.2m), kedua pemain AS Aliaksandra Danisheuskaya (52.1m) dan Taryn Grant 48.7m dari Kanada) ketiga.


Tetapi ia sudah cukup baik buat Aaliyah kerana keputusannya telah menunjukkan bahawa dia juga boleh bersaing antara yang terbaik dan berharap untuk mendapat penamat podium pada Kejohanan Bawah 21 Tahun Dunia 2023 yang akan diadakan di Mexico pada Jun nanti.


“Keputusan lompatan saya di Melbourne pastinya mengejutkan saya kerana saya tidak menjangkakan untuk mengurangkan jarak itu dalam pertandingan pertama saya pada ketinggian tanjakan 165cm,” kata Aaliyah.


“Dan memperbaharui catatan terbaik peribadi sudah tentu amat bermakna bagi saya kerana jarak 46.2m sebenarnya disasarkan untuk penghujung 2024 jadi saya pastinya telah memperoleh keuntungan besar, bukan sahaja dalam prestasi keseluruhan saya tetapi mungkin juga saya akan memperoleh podium selepas ini.”


Aaliyah bagaimanapun menegaskan bahawa terdapat lebih penambahbaikan yang perlu dilakukan dan dia perlu lebih fokus dalam latihan apabila kembali ke Florida.


"Pastinya saya perlu mengukuhkan pendekatan mental kerana saya mendapati diri saya agak tidak terurus dalam mengimbangi pengajian dan latihan," jelas Aaliyah.


"Saya berharap untuk menyasarkan tiga penamat podium dalam tricks, secara keseluruhan dan kini lompatan tetapi apa-apa boleh berlaku jadi saya perlu bekerja keras dan tidak sekadar berpuas hati," tambahnya.

bottom of page