top of page
newsatmy

AC Milan ditangga teratas

24 Oktober-MILAN

AC Milan melonjak ke tangga teratas Serie A selepas menewaskan Bologna, yang bermain sembilan orang, 4-2.

Milan yang mendahului dua gol ketika Bologna sudah kehilangan seorang pemain, kembali terikat di awal babak kedua sebelum Ismael Bennacer meletakkan Milan di depan semula enam minit sebelum tamat.

Zlatan Ibrahimovic yang menjaringkan gol sendiri di awal babak kedua, menebus kesilapannya dengan meledak gol keempat Milan di akhir permainan.

Milan kendalian Stefano Pioli kini masih belum tewas dan satu mata di depan Napoli, yang akan bertandang ke Roma hari ini dengan harapan melebarkan rekod 100 peratus mereka musim ini.


Kemenangan itu hadir selepas kekalahan di tangan Porto dalam aksi Liga Juara-Juara dan kehilangan beberapa tonggak akibat kecederaan serta COVID-19.


"Kami fikir sudah memenangi perlawanan kerana berada dua gol di depan dan kelebihan seorang pemain, tetapi jika anda berhenti bermain anda mengambil risiko.


"Ia kemenangan bermakna. Kami sedar yang apabila anda mempunyai komitmen Eropah dan berdepan pasukan yang mempunyai tempoh persiapan sepanjang minggu, ia pasti menjadi sukar," kata Pioli.

Bologna kendalian Sinisa Mihajlovic kekal di tangga kesembilan pada 12 mata. - AFP

Kommentare


bottom of page