• newsatmy

Achraf Hakimi buat penampilan pertama dengan PSG

15 Julai 2021

MAURO Icardi membuka jaringan dan Achraf Hakimi bermula sebagai kesebelasan utama ketika Paris Saint Germain (PSG) menewaskan Le Mans 4-0 dalam perlawanan persahabatan pramusim awal pagi tadi.


Pertahanan Sayap, Hakimi, yang menyertai PSG daripada Inter Milan selepas membantu Nerazzurri memenangi Serie A musim lalu, diberikan peluang untuk memulakan permainan dalam perlawanan tidak rasmi itu di pusat latihan PSG.


Bekas pemain remaja Real Madrid itu membantu jaringan kedua PSG yang disudahkan Ismael Garbi.


Skuad kendalian Mauricio Pochettino itu berada di depan pada minit ke-12 menerusi jaringan Icardi, yang menyudahkan hantaran lintang Julian Draxler.


Bandiougou Fadiga masuk menggantikan Icardi dalam babak kedua dan menjaringkan gol ketiga PSG pada minit ke-87 sebelum seorang lagi pemain gantian, Xavi Simons, melengkapkan kemenangan 4-0 ke atas kelab divisyen dua berkenaan.