top of page
Writer's pictureArissa Azman

'Ada seseorang yang terlepas 46 kes' - Tun M gesa jawatan Peguam Negara disemak semula

20 September 2021

KUALA LUMPUR: Fungsi jawatan Peguam Negara perlu disemak semula, sekali gus memastikan wujud pengasingan antara tugas-tugas 'penghakiman' dan pendakwa raya.


Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pengasingan tugas tersebut perlu bagi mengelakkan penyalahgunaan kuasa termasuk menggugurkan kes terhadap seseorang tertuduh.


"Kita lihat bagaimana satu orang yang mempunyai 46 kes telah terlepas daripada semua 46 kes ini dengan dinyatakan oleh Peguam Negara (ketika itu), bahawa tidak ada kes untuk ia jawab.


"Sebaliknya ada satu Peguam Negara dahulu yang menyatakan Perdana Menteri pada ketika itu tidak melakukan apa-apa kesalahan.


"Tetapi selepas dia tidak jadi Perdana Menteri, apabila dibawa ke mahkamah, dia didapati bersalah dan dihukum," katanya pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-14 di Dewan Rakyat, pada Isnin.


Dr Mahathir berkata demikian ketika membahaskan Titah Diraja.

Comments


bottom of page