• newsatmy

ADUN Endau bantu mangsa kebakaran

14 Januari 2021


MERSING: Puan Hajah Alwiyah Talib, ADUN Endau, Tuan Laili Yusof selaku Ketua PPBM Bahagian Mersing bersama-sama Ketua Armada Mersing, En Ismat Ismail telah membuat kunjungan ziarah mangsa rumah terbakar di Kampung Tenglu Laut petang semalam.


Kejadian berlaku pada 12 Januari 2021 (Selasa malam Rabu) dan api kebakaran berjaya dipadamkan oleh pasukan bomba dan penyelamat dari balai bomba Mersing.


“Saya mengucapkan ucapan takziah kepada En Md Satar bin Sharip dan keluarga di atas kejadian yang tidak diingini serta berharap dapat bersabar dalam menghadapi ujian ini.” kata YB Alwiyah


Beliau juga turut menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa dan keluarga.


Turut hadir sama, Uztaz Khairul Anwar bersama 2 orang pegawai dari Baitulmal, Majlis Agama Islam Mersing.