top of page
  • newsatmy

ADUN Pahang angkat sumpah hari ini


KUANTAN 29 Dis: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Cheka, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man mengetuai semua Adun PERIKATAN NASIONAL mengangkat sumpah pada persidangan penggal pertama DUN Pahang ke-15 di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini.


Beliau yang merupakan Ketua Pembangkang mengangkat sumpah selepas Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail dan 10 Exco berbuat demikian.


Selepas beliau, disusuli Adun Tanjung Lumpur yang juga Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Rosli Abdul Jabar dan semua ADUN PERIKATAN NASIONAL mengangkat sumpah.


Sebelum itu, bekas Adun Lanchang, Dato’ Seri Mohd Sharkar Shamsudin dilantik sebagai Yang Dipertua DUN.


Wan Rosdy mengemukakan usul melantik Mohd Sharkar dan disokong Exco, Dato’ Seri Mohd Soffi Abd Razak manakala ADUN Bilut, Lee Chin Chen sebagai Timbalan Yang Dipertua DUN Pahang.


Pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu, PRU15, PERIKATAN NASIONAL dan Barisan Nasional masing-masing memperoleh 17 kerusi sementara Pakatan Harapan 8 kerusi.

bottom of page