top of page
Writer's pictureArissa Azman

ADUN Rawang Chua Wei Kiat dilantik Ketua AMK Selangor

2 Julai 2021

SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang Chua Wei Kiat dilantik sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor yang baharu, berkuat kuasa semalam.


Setiausaha AMK Malaysia Syukri Razab berkata Chua yang juga Ketua AMK Selayang menggantikan Najwan Halimi yang dipecat daripada jawatan itu pada 28 Jun lepas.


"Pelantikan itu adalah hasil rundingan antara Ketua AMK Malaysia Akmal Nasir bersama ketua-ketua AMK Cabang Negeri Selangor pada 29 Jun lepas," katanya dalam kenyataan di sini.


Syukri berkata jawatankuasa penuh AMK Negeri akan diumumkan oleh Chua setelah proses perbincangan dibuat bersama ketua-ketua AMK Cabang Negeri Selangor.




-- BERNAMA

Comments


bottom of page