• newsatmy

ADUN Sedeli Bantu Mangsa Banjir di Kota Tinggi

Updated: Jan 13


12 Januari 2021

Farhana


KOTA TINGGI: YB Tuan Haji Rasman bin Haji Ithnain yang merupakan ADUN Sedeli menyampaikan sayuran dan bungkusan keperluan harian kepada mangsa-mangsa banjir di Taman Mawai dan Taman Aman.



Turut sama terlibat dalam program amal ini adalah pihak Jabatan Pertanian, Kejora dan juga pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO)



Yb Rasman turut ditemani oleh AJK PPBM Bahagian Kota Tinggi, Srikandi dan Armada Kota Tinggi walaupun cuaca hujan sepanjang hari.



Yb Rasman berkata kepada mangsa banjir agar sentiasa tabah dan sabar dalam mengharungi dugaan ini. Beliau juga berkata, pasukan beliau akan tetap terus membantu mangsa banjir di sekitar Kota Tinggi.





Langgani Buletin Kami

  • White Facebook Icon

© 2020 by EPS Digital Tech Sdn Bhd.