Agong berkenan kunjung hormat Presiden UAE
KUALA LUMPUR, 1 Mac- YaO FB Istana Negara)ng di-Pertuan Agong berkenan berangkat melakukan kunjungan hormat kepada Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) Yang Mulia Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan di Qasr Al Bahr, Abu Dhabi semalam. Menerusi satu hantaran di laman Facebook Istana Negara, Seri Paduka Baginda diiringi oleh Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shahdan dan Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah. Hadir sama, wakil pemerintah di Wilayah Dhafra Sheikh Hamdan bin Zayed Al Nahyan, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang, Timbalan Panglima Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Seri Mohammad Ab Rahman dan Duta Besar Malaysia ke UAE Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin. "Dalam pertemuan pada jam 5.30 petang waktu tempatan itu (9.30pm waktu Malaysia), kedua-dua pemimpin telah menyentuh mengenai langkah dan usaha bagi memperkasakan lagi hubungan dua hala dalam pelbagai aspek. "Seri Paduka Baginda turut menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan UAE atas kesudian menerima sumbangan sebanyak 42 ton barangan bantuan kemanusiaan daripada Kerajaan Malaysia untuk disalurkan menerusi Persatuan Bulan Sabit Merah UAE kepada mangsa gempa bumi di Syria baru-baru ini,"menurut hantaran tersebut. Seri Paduka Baginda turut berkenan mempersilakan Sheikh Mohamad untuk melakukan lawatan ke Malaysia. Pertemuan itu kemudiannya disusuli dengan majlis santapan malam di Qasr Al Shatie, Abu Dhabi. Seri Paduka Baginda kini berada di UAE bagi lawatan khas selama tujuh hari hingga 1 Mac 2023
Comments