Search
Agong sambut baik keterbukaan kerajaan, pendekatan dwi-partisan
13 September 2021
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyambut baik keterbukaan kerajaan yang memberi peluang kepada pelbagai pihak termasuk ahli parlimen terbabit dalam tadbir urus negara.
Baginda juga menyambut baik usaha merealisasi pendekatan dwi-partisan antara semua pihak yang membawa landskap politik baharu serta membawa perubahan sistem politik negara.
"Kematangan ini didamba oleh rakyat dan ambillah nasihat pepatah lama 'biduk lalu kiambang bertaut, yang menang tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua," titah baginda pada Istiadat Pembukaan Dewan Rakyat Penggal Keempat Parlimen, hari ini
Comments