top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Agong titah pelaksanaan program Keluarga Malaysia hendaklah diteliti, diperhalusi dan ditambah baik

17 NOVEMBER 2021

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah semangat Keluarga Malaysia juga boleh membawa kepada penyatuan dalam sebuah negara seperti Malaysia, yang mempunyai beraneka kepelbagaian negara akan terus berdaya saing dan mencapai kemajuan yang lebih tinggi jika konsep Keluarga Malaysia yang inklusif dan adil digabungkan dengan semangat sebuah keluarga.


Seri Paduka bertitah negara akan terus berdaya saing dan mencapai kemajuan yang lebih tinggi jika konsep Keluarga Malaysia yang inklusif dan adil digabungkan dengan semangat sebuah keluarga.


“Inisiatif Keluarga Malaysia yang diperkenalkan kerajaan baru-baru ini amat menarik perhatian beta. Benar bagai dikata, kita semua adalah diibaratkan sebagai sebuah keluarga,” titah Al-Sultan Abdullah pada Istiadat Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Tahun 2021 di Istana Negara di sini, hari ini.


Sehubungan itu, Al-Sultan Abdullah bertitah pelaksanaan semua program di bawah konsep Keluarga Malaysia hendaklah diteliti, diperhalusi dan ditambah baik dari semasa ke semasa.


“Pandangan serta cadangan rakyat beta juga hendaklah diterima oleh agensi pelaksana dengan hati yang terbuka dan jiwa yang besar,” titah Seri Paduka.


Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.


Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong disambut pada 7 Jun lepas, namun tiada istiadat sambutan diadakan berikutan penularan COVID-19.

bottom of page