top of page
  • admin

Ahli parlimen cari dana sendiri bantu mangsa banjir


RANTAU PANJANG 10 Jan: Ahli Parlimen Rantau Panjang Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff terpaksa menggunakan peruntukan sendiri bagi membantu mangsa-mangsa banjir baru-baru ini.


Katanya, peruntukan yang dijanjikan kerajaan pusat sebanyak RM100 juta kepada mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu seperti diumumkan Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim belum lagi diterima.

“Setakat ini kami khususnya Ahli Parlimen pembangkang belum lagi menerima sebarang peruntukan daripada kerajaan pusat.

“Sumbangan yang kami diberikan kepada rakyat hasil daripada sumbangan Pusat Khidmat DUN daripada peruntukan negeri, Pusat Khidmat Ahli Parlimen, dermawan individu dan sumbangan NGO,” katanya di sini.


Baru-baru ini ada pihak yang mendakwa bantuan banjir hanya diterima mangsa banjir tertentu sahaja di Rantau Panjang.


Siti Zailah berkata, bantuan banjir yang diusahanya diberi sama rata kepada mangsa banjir terjejas tanpa pilih bulu.

“Semua mangsa banjir yang terlibat diberi bantuan tanpa mengira parti dan agama biarpun dana yang diusahakan sendiri, di mana ia tidak melibatkan peruntukan persekutuan,” katanya.


Semalam, Adun Gual Periok Dato’ Mohamad Awang mendakwa bantuan banjir yang dijanjikan kerajaan pusat diagih melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) seperti yang berlaku pada era kerajaan Barisan Nasional (BN)

bottom of page