top of page
  • Farah

Akta alam sekitar lapuk dan perlu dipinda-Wan Junaidi


PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata akta alam sekitar di negara ini sudah usang.


Katanya, Undang-undang itu digubal selepas pasca kemerdekaan sekaligus menyebabkan isu pencerobohan hutan gagal ditangani.


Beliau berkata ,akta ini perlu dipinda agar seiring dengan perkembangan semasa Jumlah hukumannya yang dikenakan kepada penceroboh hutan nilainya tidak setimpal dengan perbuatan mereka.


Hukuman yang ringan ini,menyebabkan ada pihak mengambil kesempatan untuk menceroboh hutan sehingga menjejaskan ekosistem alam sekitar seperti mana berlaku sejak kebelakangan ini.


Belau menjelaskan,Kebanyakkan undang-undang ini digubal pada sekitar era 1960an dan 1970an serta dibuat mengikut situasi tersebut, tidak memperincikan lebih lanjut tafsiran pencerobohan dan pencemaran, namun sebaliknya keadaan kini sudah berubah, ketika diajukan oleh Utusan Malaysia.


Antara undang-undang tersebut ialah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Akta Perhutanan Negara 1984, Akta Penerbangan Awam 1969 dan Kanun Tanah Negara 1965.

Misalnya kesalahan pencerobohan tanah rizab kerajaan, tindakan penguatkuasaan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965 hanya memperuntukkan denda sebanyak RM500,000 dan penjara selama lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.


Sebelum ini, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri untuk mengkaji dan meneliti undang-undang sedia ada termasuk 147 undang-undang yang sudah lapuk, sama ada dipinda atau dimansuhkan.


Ketika ditanya aspek penambahbaikan undang-undang itu, Wan Junaidi menjelaskan, perkara tersebut perlulah membabitkan penguatkuasaan undang-undang dan tafsiran definisi pencemaran serta pencerobohan oleh pelaku terlibat.


Katanya, pelaku terlibat hendaklah membayar ganti rugi terhadap kerosakan berlaku supaya mereka lebih bertanggungjawab dan tidak mengulanginya pada masa depan.

bottom of page