top of page
  • newsatmy

Aktres jelita Bollywood Alia Bhat positif COVID-19

2 April 2021

HANYA beberapa hari selepas kekasihnya, Ranbir Kapoor pulih daripada COVID-19, kini aktres Alia Bhatt pula disahkan dijangkiti virus tersebut.


Menurut laporan Hindustan Times, pelakon wanita itu kini sedang menjalani kuarantin di rumah.


Alia turut mengesahkan perkara itu di akaun Instagramnya pada Khamis.


“Helo semua, saya disahkan positif COVID-19. Saya telah segera mengasingkan diri dan akan dikuarantin di rumah.


“Saya mematuhi semua protokol kesihatan dan keselamatan mengikut nasihat doktor saya.

"Terima kasih untuk kasih sayang dan sokongan anda.


“Sentiasalah jaga keselamatan dan jaga diri,” tulisnya.


Baru-baru ini, teman lelakinya yang juga bintang filem Brahmastra, Ranbir Kapoor juga telah positif COVID-19.


Dia bagaimanapun diuji negatif dan telah pulih sepenuhnya.


Perkembangan terbaharu Alia itu pastinya akan menjejaskan sedikit kerjanya selepas beliau dijadualkan akan membintangi filem sejarah arahan Karan Johar, "Takht".


Filem berasaskan era Mughal itu memfokuskan kisah dua saudara lelaki, Darashikoh dan Aurangzeb.


Ranveer Singh, Kareena Kapoor Khan, Vicky Kaushal, Bhumi Pednekar, Janhvi Kapoor dan Anil Kapoor juga akan membintangi filem itu.


Filem ini diumumkan pada tahun 2018 tetapi masih lagi belum dimulakan penggambarannya.


- Astro Awani


bottom of page