top of page
  • newsatmy

Aliff Syukri positif COVID-19 tahap tiga

30 Disember 2021

Jutawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri memaklumkan bahawa dia kini dijangkiti COVID-19 tahap tiga yang memberi kesan kepada sistem pernafasannya.


Difahamkan, Aliff telah disahkan menghidap wabak tersebut sebaik sahaja pulang bercuti dari Istanbul, baru-baru ini.


Perkara tersebut turut dikongsikan usahawan itu menerusi sebuah hantaran Instagram untuk pengetahuan pengikut media sosialnya.


Saya ditahan di wad untuk rawatan. Doakan saya cepat sembuh kerana saya dijangkiti COVID-19 tahap tiga melibatkan paru-paru saya.

Dia dalam pada itu sempat memohon maaf kepada semua yang pernah tersinggung atau tersakiti akibat perbuatannya sebelum ini.


Maaf sekiranya pernah berkasar, maaf sekiranya pernah mengumpat, maaf sekiranya pernah termakan sengaja atau tidak.


Sesungguhnya yang buruk itu datang daripada saya dan yang baik datang daripada Allah S.W.T. Rasa lega dah mohon maaf dekat semua, takut umur tak panjang.

Advertisement


Terdahulu, Aliff bersama-sama ahli keluarganya yang lain telah mengunjungi negara Turki pada 15 Disember lalu dan sudah selamat tiba ke tanah air beberapa hari yang lalu.


Meninjau pula ruangan Instagram isteri Datuk Aliff iaitu Datin Seri Nur Shahidah, dia dan anak-anak difahamkan sedang menjalani kuarantin di rumah namun tidak pula dapat dipastikan status kesihatan mereka anak-beranak.

bottom of page