top of page
  • Farah

Amanah dan integriti hindar rasuah dan salah guna kuasa


KUALA LUMPUR, 20 Okt- Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, setiap individu perlu berpegang teguh dengan nilai amanah demi mewujudkan generasi yang terhindar daripada rasuah dan penyalahgunaan kuasa.


Beliau turut turut menegaskan, "apa yang paling penting sewaktu kita berkuasa, tak kiralah sebesar mana, sekecil mana, peganglah amanah ini dengan baik dan perlu diingat, kita hanya singgah di sini dan diakhiri di hari pengakhiran adalah untuk kita menjawab."


Selain itu, "tak berbaloi untuk kita terlibat dalam rasuah, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa kerana akhirnya kita mencari damai yang abadi."


Beliau berucap merasmikan Malam Puisi dan Irama dengan tema 'Berintegriti Perangi Rasuah, anjuran Dewan bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim.


Malam puisi itu adalah kerjasama antara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim Bagi memupuk nilai integriti khususnya dalam kalangan generasi muda.


Turut hadir, Sasterawan Negara Datuk Dr. Anwar Ridhwan, Prof. Emeritus Dr. Hashim Yaacob dan Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.


14 puisi karya sasterawan terkenal dipersembahkan, berselang-seli dengan nyanyian lagu-lagu berteraskan nilai-nilai murni.

bottom of page