top of page
  • Writer's pictureMatha Ahmad

Amaram PM untuk PRU 15:Bersatu ‘tersepit’


Kenyataan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengisytiharkan beliau bersedia mengadakan pilihan raya umum seterusnya (PRU15) awal jika gabungan itu menarik balik sokongan kepada pentadbirannya te;ah meletakkan Perikatan Nasional (PN) dalam kaedaan tersepit.


Ketengangan hubungan antara PN dan perdana menteri semakin meningkat apabila gabungan pimpinan Bersatu itu menuduh Ismail gagal menunaikan beberapa janji, termasuk pelantikan timbalan perdana menteri.


Desakan dari pemimpin PN untuk Ismail Sabri sehingga dilaporkan mahu berundur daripada kerajaan.Namun Ismail Sabri seperti tidak mahu mengalah dengan penegasan beliau menyatakan tidak akan teragak-agak untuk mengadakan PRU15 jika PN menarik balik sokongan.Ini bermakna perdana menteri itu mencabar gertakan Bersatu.


Mungkin Ismail Sabri merasakan bahawa BERSATU tidak mempunyai apa-apa yang boleh mereka gunakan untuk memberi impak besar pada PRU15. Beliau seperti keberatan untuk melayan kehendak PN dapat dilihat bagi mengelakkan BERSATU ingin mengukuhkan kedudukan dalam kerajaan.


Bagi Perikatan Nasional(PN) tanpa jawatan timbalan perdana menteri, mereka dilihat gagal dalam usaha mengukuhkan kuasa mereka. Ini membawa persepsi negatif terhadap mereka, terutama dalam kalangan pengundi.


Perikatan Nasional kelihatan terdesak hingga perlu jawatan timbalan perdana menteri untuk membuktikan mereka masih relevan dan untuk meningkatkan imej dan pengaruh mereka.


Setuasinya kini mereka terperangkap. dan Ismail Sabri memiliki kelebihan.Kengagan Ismail Sabri sepatutnya sudah boleh dibaca oleh Perikatan Nasional kerana Ismail Sabri tidak tidak mahu “dipersalahkan Umno” kerana memberi BERSATU peranan penting dalam kerajaan. Ini terutamanya sekali apabila kebanyakan pemimpin Umno tidak dimaklumkan mengenai persetujuan Ismail dengan PN.


Jika Ismail Sabri memenuhi tuntutan seperti didalam persetujuan,pastinya beliau akan mendapat tentangan dari Presiden UMNO dan sebilangan pemimpin UMNO.Mungkin beliau sedar bahawa watikah untuk menjadi calon adalah kuasa mutlak Presiden UMNO,Zahid Hamidi.


Penting juga bagi Ahli Parlimen Bera itu berpegang pada pendiriannya dalam perkara itu memandangkan “popularitinya dalam Umno rendah”. Popularitinya terjejas akibat kelewatannya memanggil PRU15 dan penantian lama parti itu sebelum Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) meluluskan pindaan perlembagaan parti untuk membolehkannya menangguhkan pemilihan.


Jika PN serius ingin menarik diri,ia akan merugikan BERSATU sendiri jika kerajaan terbubar dan terpaksa diadakan pilihanraya,dikhuatiri pengundi akan menolak Bersatu kerana dianggap mementingkan kuasa dari masalah rakyat.


Tindakan BERSATU akan memudahkan kerja sebahagian pemimpin UMNO terutamanya kluster mahkamah yang sering menekan Ismail Sabri untuk segera membubarkan Parlimen agar PRU 15 diadakan.


Sementara itu, seorang lagi penganalisis, Sivamurugan Pandian daripada Universiti Sains Malaysia (USM) menyatakan bahawa kegigihan Bersatu untuk mendapatkan jawatan timbalan perdana menteri nampaknya tidak membuahkan hasil yang diharapkan.


Katanya, sekiranya Ismail menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen jika PN menarik balik sokongan, Bersatu “akan dihukum” kerana mereka kelihatan seolah-olah lebih berminat dengan jawatan tinggi berbanding kerajaan yang stabil.

“Mengancam untuk menarik balik sokongan kepada pentadbiran bukan cara untuk mencapai kestabilan,” kata Sivamurugan.

“Saya juga tak rasa beliau (Ismail) mahu dijadikan ‘tebusan’ dan diancam oleh pemimpin lain.

“Mereka (Bersatu) perlu berhati-hati dalam memutuskan apa yang mereka mahu supaya ia tidak akhirnya membawa padah.”




bottom of page