• Farah

Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak, Sabah dan Labuan


KUALA LUMPUR, 17 Okt- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di seluruh Labuan dan beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah sehingga esok. Menurut laman sesawang MetMalaysia, amaran di Sarawak melibatkan sekitar Bintulu, Miri (Subis, Beluru dan Marudi) serta Limbang. Sementara di Sabah pula kawasan terlibat ialah di pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat dan Kudat.

(MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Labuan, Sarawak dan Sabah sehingga esok)

Amaran hujan berterusan tahap waspada dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan dan ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh berkenaan di sesuatu kawasan.