top of page
newsatmy

Ambil sebab arahan suami, Ellie Suriaty dah lengkap dua dos vaksin

12 Januari 2022

Pelakon dan juga pengarah, Ellie Suriaty memaklumkan bahawa dia sudah lengkap dua dos vaksinasi jenis Sinovac yang diambil pada bulan Oktober dan November tahun lalu.


Kata Ellie, dia mengambil vaksin COVID-19 itu kerana menghormati arahan suami tercinta, pelakon Azri Iskandar.


Jelasnya lagi, dia bukanlah seorang anti-vaksin seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini namun hanya menyuarakan pendapat mengenai ujian klinikal suntikan pelali tersebut.


"Saya bukan seorang anti-vaksin. Saya ambil vaksin lain seperti BCG, Polio dan sebagainya. Mengenai vaksin COVID-19, saya cuma suarakan pendapat saya. Tak salah untuk saya suarakan pendapat,


"Saya sudah menerima dua dos vaksin jenis Sinovac. Saya ambil vaksin kerana suami. Azri sudah bagi saya masa selama dua tahun untuk saya bersuara mengenai vaksin dan wabak ini serta menyokong saya,"


Tambah Ellie, dia ada ‘berperang’ sebentar dengan Azri berikutan isu ini namun dia tetap mengikuti apa kata suami kerana rasa hormat dan mengikuti arahan pasangannya itu.


Maklum pelakon telefilem Ayat Dari Langit ini lagi, anak-anaknya juga sudah lengkap vaksinasi.


Dalam pada itu, Ellie memberitahu selain daripada menghormati arahan suami, dia sebenarnya sayangkan industri seni dan tidak akan membiarkan perkara seperti ini menjadi penghalang buatnya untuk terus bersara dan tidak lagi bergiat aktif dalam dunia hiburan.


“Sebab utama saya adalah kerana suami. Apa-apa yang terjadi, dia akan tanggung. Kedua, dia juga tahu saya sayangkan industri seni. Dia tahu saya sedih jika saya tak dapat bekerja dalam dunia seni, jadi saya menurut kata suami.” kata Ellie.

Comments


bottom of page