• newsatmy

Amri Yahyah dedah rahsia 'otai masih berbisa'

12 Mei 2021

PADA usia yang mencecah 40 tahun, bekas penyerang kebangsaan, Amri Yahyah, masih produktif dalam liga tempatan dengan penyudah-penyudah menariknya bersama Sabah FC musim ini.


Pemain yang dianggap legenda dalam arena bola sepak tempatan itu, dalam satu temu bual bersama wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam, mendedahkan rahsianya untuk bertahan lama.


Ketika ditanya mengenai rahsianya itu, Amri berkata: "Rahsianya adalah sembahyang lima waktu. Selain itu, jaga pemakanan dan dengar cakap jurulatih. Jika jurulatih cakap duduk, duduk sahajalah, jangan berdiri pula.


"Kalau jurulatih beri 20 minit untuk bermain, mainlah betul-betul dan bukannya main-main.


"Dalam usia 40 tahun ini memang ramai yang mempertikaikan kemampuan saya untuk berlari dan sebagainya tetapi saya mahu membuktikan sesuatu agar semua orang dapat mencontohi apa yang saya buat dan supaya mereka tidak menunggu sehingga berumur seperti saya ini baru hendak 'meletup'.


"Memang bukan semua orang dapat bermain macam saya pada umur macam saya," katanya.


-Astro Awani