top of page
  • newsatmy

Anak-anak Titiwangsa dapat 100 topi keledar percuma


KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Sebanyak 100 topi keledar percuma diedarkan kepada anak-anak warga Parlimen Titiwangsa bagi memupuk kesedaran masyarakat mengenai keselamatan di jalan raya.

Ketua Srikandi BERSATU Malaysia Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata inisiatif ini juga bagi mendidik kanak-kanak tentang kepentingan pemakaian topi keledar ketika berada di jalan raya.


Program Penyampaian Helmet Untuk Anak-Anak Kita dianjurkan Yayasan Perintis Malaysia dan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Titiwangsa.

“Terima kasih kepada Yayasan Perintis Malaysia, dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

“Semoga inisiatif dan kerjasama dapat diteruskan kelak demi manfaat warga Parlimen Titiwangsa,” katanya.

bottom of page